21 Jun, 2020

Aktiviti Pertama Bersama Team As - Syifa Berkuda

Sabtu 20 Jun 2020 bersamaan 28 Syawal 1441, Ain memulakan sesi pertama aktiviti bersama Team As-Syifa Berkuda dan Asma Aina di Spectrum International Islamic School Presint 17 Putrajaya. Kami kelewatan sampai kerana singgah pasar mini membeli lobak merah untuk MyStar dan Zara.......Harini Ain membantu Aina memasukkan lobak merah ke dalam 3 buah bakul yang disediakan cikgu. Sambil itu kami mendengar dan ikut mendedangkan zikir...

    
...Usai menyediakan lobak merah untuk MyStar dan Zara, Aina dan Ain duduk santai di padang untuk membuat aktiviti menulis Asmaul Husna 'YA RAHMAN' Ya Maha Pemurah. Ain dibantu oleh ustazah Nur Syuhada._________.....
 
...Aktiviti diakhiri dengan memberi MyStar dan Zara makan lobak merah...