18 Jun, 2020

Majlis Pra Pelancaran Program Komuniti Spectrum As Syifa Berkuda

Sabtu 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal 1441, saat yang ditunggu-tunggu...MAJLIS PRA PELANCARAN PROGRAM KOMUNITI SPECTRUM AS SYIFA BERKUDA...bertempat di Spactrum International Islamic School Presint 17 Putrajaya. Seawal pagi saya dan Ain keluar dari rumah. Mula-mula hantar adik Ain ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) kerana adik nak naik bas untuk pergi mengambil barang-barangnya di USM Penang. Dari TBS saya dan Ain terus ke Spectrum. Majlis akan bermula jam 8 pagi. Pelatih yang terlibat ialah Asma Aina (26 tahun - Global developmental delay), Nur Ain (CP Quardriplegia), Aleeya (CP Quardriplegia) dan Iman (CP Deplegia)......Saya, Ain dan yang lain-lain duduk di tengah-tengah padang. Menunggu pergerakan khas untuk acara kemuncak perasmian. Dalam cuaca yang redup, kami cukup santai duduk di sini. Ain cukup teruja bila acara kuda...
...
 ...Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Shady Mohad (Ketua Bahagian AIQ). Diikuti pula ucapan pengenalan oleh puan Nur Syuhada Kamaruddin, Pengasas Sports Sunnah Centre Resources (SSCR). Kemudian disusuli pula ucapan alu-aluan oleh Encik Abdul Ghani Haroon, Pengerusi Pertubuhan As-Syifa Berkuda (As-Syik). Diikuti ucapan perasmian oleh puan Salima Abdul Rahman, Pengurus Besar Spectrum International School......Usai gimik perasmian kami bersama-sama menyanyikan lagu tema bertajuk ANUGERAH......Sebelum keacara seterusnya, puan Salima menyerahkan cenderahati kepada bakal-bakal pelatih iaitu Aina, Ain , Aleeya dan Iman......Kemudian kami beredar ke ruang arena. Dimulai carrot time......Seterusnya acara Persembahan horse riding dan lead the horse...
 
......Ain bergambar dengan MyStar......Majlis berakhir dengan bergambar beramai-ramai...