19 Jun, 2020

Melawat Nur Ain Agro Farm


Rabu 17 Jun 2020 saya, Ain dan Aisyah bergerak balik Seri Iskandar tapi sebelum tu kami singgah di Nur Ain Agro Farm......Alhamdulillah, laluan ke kandang sudah siap. Ini memudahkan untuk membawa Ain ke kandang kambing. Saya mendokong Ain naik manakala ayah Ain mengangkat kerusi roda Ain ke atas kandang......Sebelum itu pada hari Isnin 15 Jun 2020 selepas selesai urusan opah Ain di hospital Batu Gajah saya membawa beliau melawat Nur Ain Agro Farm......Saya juga berpeluang jumpa Melor dan Mawar........
...Disamping kambing Nur Ain Agro Farm juga ada memelihara beberapa ekor itik dan ayam. Manakala sebuah dari bekas kolam ternak ikan keli dibersihkan menjadi tempat ternak ikan talapia. Harapan kami...Semoga Nur Agro Farm dapat berkembang maju, aamiin......Kemudian kami balik ke Seri Iskandar...