19 Jun, 2020

Akhirnya Dapat Rentas Negeri - Balik Kampung

Akhirnya Ahad 14 Jun 2020 bersamaan 22 Syawal 1441 jam 9.20 pagi saya berdua dengan Ain bertolak meninggalkan Taman Bukit Serdang Selangor untuk merentas negeri menuju negeri Perak. Kami sampai kampung pada jam 11.50 pagi, Alhamdulillah. Selepas hampir 3 bulan terpaksa berkurung di rumah kerana PKP dan PKPB Kini berada di kampung...rindu kat kampung. Harini dapat jumpa emak @ opah Ain, Alhamdulillah......Jam 3.36 petang abang Ain sekeluarga datang ke rumah opah untuk berjumpa dengan kami. Abang Ain sekeluarga tinggal di Seri Iskandar Perak. Bila nampak je kereta abangnya parking depan rumah opah..Ain sudah tersengeh. Bukan main seronoknya Ain melihat Raykal datang......Tak jemu Ain mengadap dan merenung Raykal, mungkin Ain rindu dekat Raykal. Moh kita tengok gelagat Ain dan Raykal...